Dec 16, 2009

INFO SIHAT

Cara Membancuh Shake Lazat Herbalife

Choco
Bahan-Bahan:

  1. 2 sudu besar Formula 1 
  2. 1 sudu besar (untuk wanita) atau 2 sudu besar (untuk lelaki) Formula 3 
  3. 250ml Air Soya atau Jus buah-buahan 
  4. 4-5 ketul ais (pilihan)
    Cara:

    1. Masukkan Air Soya atau Jus buah-buahan ke dalam blender atau shaker 
    2. Masukkan Formula 1, Formula 3 dan ketulan ais (pilihan) 
    3. Campurkan Oat atau buah-buahan sekiranya suka (pilihan) 
    4. Kisar atau goncang sehingga sebati 
    5. Nikmatinya sebagai gantian makanan
      Cara Membancuh Tea Mix
       Bahan-bahan:

      1.   Setengah sudu teh serbuk Tea Mix
      2.   250ml air sejuk atau panas
      3.   Satu sudu makan Madu Asli
      Cara:

      1.   Larutkan serbuk halus Tea Mix ke dalam sedikit air panas
      2.   Campurkan 250ml air sejuk atau panas
      3.   Kacau madu asli
      4.   Nikmatinya bila-bila masa

      Aturan Pengambilan

      (1) Shake

      Sarapan
      Shake Herbalife
      Makan Tengahari
      Makan seperti selalu
      Makan Malam
      Shake Herbalife

      atau

      Sarapan
      Shake Herbalife
      Makan Tengahari
      Shake Herbalife
      Makan Malam
      Makan seperti selalu

      atau

      Sarapan
      Makan seperti selalu
      Makan Tengahari
      Shake Herbalife
      Makan Malam
      Shake Herbalife
      *****Aturannya, 2 Shake dan satu kali makan seperti biasa.
      Nikmati makanan kita yang enak-enak, cuma cuba kurangkan makanan
      yang berlemak tinggi seperti masakan bersantan, bergoreng dan
      bergula tinggi.

      Untuk yang berpuasa:



      Sahur
      Shake Herbalife
      Berbuka
      Berbuka seperti biasa
      Jam 10-11 malam
      Shake Herbalife
      ***Shake akan memberikan rasa kenyang dan tenaga lebih lama. Mudah untuk kita
      melaksanakan ibadah puasa dan tarawih kerana kesan dari nutrisi lengkap
      akan memberikan tenaga yang lebih.
      *Berat badan hilang paling banyak semasa puasa. Inilah keajaiban Ilahi yang
      Maha Mengetahui"
      Abdul Rashid Bin Abdul Manaf
      Pengasas CyberSlimCenter

       

      2.   Tea Mix diambil 3-4 cawan sehari pada bila-bila masa. 
      3.   Air secukupnya, setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong
            sekurang-kurangnya 1 liter
        *Contoh: Berat 50kg, perlukan 2 liter air
         
        ***Praktikkan mengambil air yang cukup setiap hari, kalau boleh mulakan dari sekarang
        dan anda akan rasa perbezaannya! Sukat berapa liter yang anda minum setiap hari.
        Muhasabah diri dan perbaiki pencapaian pada keesokkannya.

        Sedikit tips bagaimana untuk minum air secukupnya:

        1. Minum 2 teguk setiap 10 minit dari jam 7 pagi hingga 7 malam.
          ***Anda akan minum 3 liter dalam tempoh tersebut!
        2.  Masukkan air dalam botol-botol kecil dan kira berapa yang anda telah minum
          ***Jika botol besar, semangat mudah luntur
        3.  Jika anda selalu minum seliter sahaja sehari atau kurang, cuba tambah
          ***sedikit demi sedikit setiap hari (bukan sekali gus 3 liter). Tanamkan sikap
          "Hari ini lebih baik dari semalam"

        Fakta:
        Tubuh akan hilang 1.7 liter air satu hari melalui proses pernafasan dan kumbuhan.
        *Bayangkan jika anda cuma minum seliter sehari!

        Kenapa air terlalu penting kepada tubuh manusia?

        *Lihat di sekolah, anak siapa yang selalu menjinjing botol air? Dan anak siapa yang selalunya bijak?
        Otak kita mengandungi 90% air
        Otot kita 75% air
        Tulang kita 22% air
        Darah kita 83% air
        Air menstabilkan suhu badan

        Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
        Air melembabkan udara dalam paru-paru
        Air meningkatkan kadar metabolisma!
        Air melindungi organ-organ
        Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik
        Air melindungi dan melembabkan rawan

        Apa yang berlaku sekiranya kita kekurangan air?
        Tubuh selalu kepenatan
        Sakit kepala yang kerap atau migrain
        Sembelit
        Ketegangan otot
        Tekanan darah yang tidak seimbang
        Masalah buah pinggang
        Kulit kering
        Risiko Kematian

        Bagaimana saya boleh kurangkan berat badan dengan Herbalife Shake dan Tea Mix?

        Tujuan utama produk Herbalife:

        Mengurangkan pengambilan kalori melalui pengantian makanan, supaya kalori yang
        dimakan kurang dari apa yang tubuh mampu bakar tetapi dalam masa yang sama
        membekalkan tubuh dengan
        segala zat makanan yang badan perlukan
        supaya tubuh berfungsi dengan baik.

        Jika situasi ini berlaku setiap hari, tidak kira umur, jantina atau berat sekarang, anda akan
        berjaya mengurangkan berat badan dengan efekfif dan selamat!

        Lihat contoh dibawah untuk gambaran yang lebih jelas;

        Fakta: Sepinggan mee goreng 770 kalori
        Fakta: Secara purata, masyarakat Malaysia makan 1000 kalori sekali hidangan
        Fakta: Herbalife Shake hanya bernilai 180 kalori
        Fakta: Untuk langsingkan 1kg tubuh kena bakar 8000 kalori
        Fakta: Wanita bakar 1800 kalori sehari
        Fakta: Lelaki bakar 2200 kalori sehari

        mee goreng

        Kiraan pengambilan kalori (tanpa Herbalife)


        Sarapan
        Nasi lemak + Teh Tarik
        1000 kalori
        Makan Tengahari
        Nasi campur + Teh O Ais
        1100 kalori
        Makan Malam
        Nasi campur + Air Kosong
        1100 kalori
        Jumlah kalori
        3200 kalori

         Kiraan pengambilan kalori (dengan
        Herbalife)
         

        Sarapan
        Shake Herbalife
          180 kalori
        Makan Tengahari
        Nasi Campur + Teh O Ais
        1100 kalori
        Makan Malam
        Shake Herbalife
           180 kalori
        Jumlah Kalori
        1460 kalori

        Secara asasnya pembakaran lemak/kalori berlaku seperti berikut dengan amalan
        Shake Herbalife 2 kali sehari dan sekali menikmati makanan kegemaran;

        Wanita : 1800 - 1460 = 340 kalori dibakar setiap hari
        Lelaki : 2200 - 1460 = 740 kalori dibakar setiap hari
        *Erobik selama sejam = 405 kalori dibakar
        (Kiraan untuk individu dengan berat 68kg)

        Berapa KG saya boleh langsingkan dalam sebulan?
        Wanita: 340 kalori X  30 hari = 10, 200 kalori = 1.3KG
        Lelaki: 740 kalori X 30 hari =  22,200 kalori = 2.8KG
        ***Ini cuma kiraan asas, setiap individu berlainan tahap metabolismanya,
        semasa program, otot dibina dan kadar metabolisma akan
        meningkat, jumlah pengurangan berat badan akan berubah-ubah
        mengikut individu.


        Mengapa ada yang langsing sehingga 10kg dalam 30 hari?
        Bagi individu yang mengambil Tea Mix, secawan Tea Mix akan membakar kalori
        seperti kita melakukan erobik selama 20 minit!
        Bagi individu yang kadar metabolismanya masih tinggi, berat akan turun dengan
        lebih cepat kerana defisit kalori diantara yang dimakan dan dibakar badan secara semulajadi
        adalah lebih besar.
        Pilihan makanan yang tepat semasa menikmati makanan kegemaran sekali sehari
        semasa program juga memberikan impak maksima.

        Nov 6, 2009

        APA ITU Pemanis Tiruan Aspartame

        Herbalis Bahrain, RH (AHG)
        Berikut ialah artikel yang tidak disiarkan.
         Aspartame dan Berdiet

        Apabila mengalami obesiti, diabetes atau profil lipid tidak seimbang anda akan dinasihatkan oleh doktor dan pakar dietetik agar mengurangkan makan makanan bergula. Jika dulu anda biasa minum ais bergas, anda akan menggantikannya dengan soda ‘diet’ contohnya Diet Pepsi atau Diet Coke.
        Soda diet biasanya bebas dari sejenis gula dikenali sebagai fruktos atau sirap jagung tetapi ia dikatakan mengandungi gula tiruan dikenali sebagai aspartame. Kebanyakan produk yang mengandungi aspartame biasanya mencatatkan perkataan aspartame atau bebas dari gula.
        Contoh-contoh produk lain yang mengandungi aspartame ialah sesetengah ubatan moden termasuk acetaminophen dan codeine, gula-gula getah, pemanis mengandungi gula alkohol (alcoholic sugar) contohnya produk menggunakan nama xylitol serta gula-gula meredakan batuk di samping Nutrasweet dan Sucralose.
        Apa itu aspartame? Ia ialah sejenis bahan kimia yang disintesis dalam kilang terdiri dari gabungan tiga jenis bahan kimia iaitu 40 peratus asid aspartic, 50 peratus phenylalanine dan 10 peratus methanol. Tahap kemanisannya 180 kali ganda lebih manis dari gula biasa iaitu sukros. Generasi baru aspartame dikenali sebagai neotame yang baru mendapat kelulusan FDA memiliki kemanisan 13,000 kali ganda lebih tinggi dari gula biasa.
        Apabila dihadamkan aspartame terurai kepada tiga sebatian asal yang digunakan dalam proses pensintesisannya serta sejenis bahan kimia dikenali sebagai diketopiperazine (DKP).  Kita lihat bagaimana setiap bahan kimia tersebut menyebabkan kemudaratan kepada tubuh.

        Methanol 


        Aspartame terurai kepada methanol apabila bertindak balas dengan sejenis enzim dalam usus. Produk-produk yang terdedah kepada suhu tinggi membebaskan methanol pada kadar kelajuan yang tinggi dalam usus. Alakohol yang lebih beracun dari ethanol ini kemudian diserap ke dalam aliran darah pada kuantiti yang tinggi. Ia dinyahkan dari tubuh pada kadar yang rendah.
        Masalah keracunan methanol yang utama ialah berkaitan penglihatan termasuk penglihatan kabur, pengecutan dimensi penglihatan, kerosakan retina dan buta. Masalah-masalah lain ialah sakit kepala, telinga berdengung, pitam, loya, gangguan sistem penghadaman, lesu, seram sejuk, gangguan memori, kebas pada jari-jari tangan dan kaki, gangguan perangai, sel-sel saraf membengkak dan fungsinya terganggu.
        Methanol teroksida kepada asid formic dan formaldehyde. Dalam kehidupan seharian, asid formic ialah cuka getah digunakan untuk membekukan getah.  Formaldehyde diletakkan dalam kategori sianida dan arsenik yang semuanya sangat beracun kepada sel-sel saraf dan sel-sel lain tubuh. Ia menyebabkan kerosakan retina dan menyebabkan kecacatan bayi dalam kandungan. Ia menyebabkan pembentukan kanser kerana ia bersifat karsinogen dan mengganggu proses penyalinan (replikasi) DNA.
        Keracunan methanol pada manusia dikatakan memberi kesan berkali ganda lebih tinggi dari yang dialami oleh haiwan. Oleh itu keputusan kajian aspartame atau methanol yang dijalankan pada haiwan tidak menunjukkan tahap kebahayaan yang dialami manusia.

        Phenylalanine (PA)


        PA ialah sejenis asid amino yang terdapat dalam otak. Individu yang mengalami phenylketonuria iaitu tubuh mereka tidak mampu untuk mematablisme PA biasanya mengalami paras PA yang tinggi. Individu yang biasa mengambil PA pada paras yang tinggi di samping makanan berkarbohidrat biasanya mengalami paras PA dalam darah yang tinggi walau pun mereka tidak mengalami phenylketonuria.
        Paras PA yang tinggi menyebabkan paras serotonin yang berkurangan. Hasilnya seseorang akan mengalami kemurungan. PA berlebihan juga menjadi punca kepada keresahan, insomnia, tekanan darah tinggi, gila (schizophrenia), dan sawan.
        Terdapat sebuah laporan menunjukkan PA yang diambil pada kadar yang tinggi secara berpanjangan menyebabkan mood turun naik, mudah marah-marah, gangguan fungsi otak, dan kerosakan otak. Beliau didapati tidak mengalami phenylketonuria. Simtom-simtom tersebut hilang apabila individu tersebut berhenti dari minum minuman yang mengandungi PA.
        Setelah anda memahami mekanisme PA dalam otak, anda tidak perlu hairan mengapa seseorang yang mengalami kemurungan atau keresahan dinasihatkan supaya menggantikan gula dengan aspartame. Akhirnya mereka bergantung hidup kepada ubatan antikemurungan atau antikeresahan. 



        Asid aspartic

        Asid aspartic ialah sejenis asid amino dan dalam tubuh ia diubah kepada aspartate. Aspartate berindak sebagai neurotransmitter dalam otak dengan memindahkan informasi dari satu sel otak (neuron) ke sel otak yang lain.Jumlah aspartate yang tinggi menyebabkan Kalsium masuk ke dalam otak dengan banyak lalu menyebabkan penjaanan radikal bebas pada kadar yang tinggi. Ia mengakibatkan sel-sel otak rosak dan mati.
        Otak kita mengandungi sistem dikenali sebagai ‘halangan antara otak dan darah’ (blood brain barrier) yang berfungsi antara lain menghalang bahan-bahan kimia beracun termasuk aspartate dari memasuki otak. Walau bagaimana pun ia didapati membenarkan kemasukan aspartate jika parasnya tinggi dalam darah.
        Kemasukan aspartate menyebabkan kerosakan pada sel-sel otak berlaku secara perlahan-lahan. Simtom-simtom kerana kerosakan sel-sel otak di bahagian tertentu otak hanya dikesan atau dialami setelah lebih dari 75 peratus sel otak mengalami kerosakan.
        Simtom-simtom berpunca dari pendedahan sel-sel otak kepada aspartate secara berpanjangan:
        Simtom-simtom hanya akan dikesan atau dirasai oleh individu yang mengalami kerosakan lebih dari 75 peratus sel-sel otak.
        • Kerosakan sel-sel otak
        • Multiple sclerosis
        • Masalah memori
        • Masalah-masalah hormon
        • Masalah pendengaran
        • Sawan
        • Penyakit Alzheimer
        • Penyakit Parkinson
        • Paras gula rendah
        • AIDS
        • Nyanyuk
        • Gangguan komunikasi antara sistem saraf dan endokrin
        Golongan yang mudah mengalami masalah-masalah kesihatan berpunca dari pendedahan kepada  asid-asid amino bersifat exitotoxin secara berpanjangan ialah bayi, kanak-kanak, wanita mengandung dan golongan tua.


        Diketopiperazine (DKP) 

        DKP ialah sejenis produk hiliran hasil dari metabolisme aspartame. Ia juga dikatakan wujud dalam produk aspartame dalam bentuk cecair yang disimpan pada waktu yang lama. Dalam usus, DKP diubah kepada sejenis sebatian menyerupai N-nitrosourea iaitu salah satu penyebab pembentukan ketumbuhan pada otak. Selain itu DKP dikaitkan dengan pembentukan polyp dalam rahim dan perubahan pada sifat kolesterol.


        Lupus


        Dikatakan bahawa terdapat individu menghidap Lupus iaitu sejenis penyakit autoimmune setelah minum minuman mengandungi aspartame secara berpanjangan. Simtom-simtom Lupus beliau berkurangan apabila beliau berhenti dari minum minuman yang biasa diminumnya.
        Multiple Sclerosis
        Seseorang yang biasa mengambil aspartame mungkin didiagnosa sebagai menghidap multiple sclerosis. Simtom-simtom keracunan methanol berpunca dari pengambilan aspartame menyeruapai simtom-simtom multiple sclerosis. Cara meredakannya ialah berhenti dari mengambil aspartame.

        Fibromyalgia


        Seseorang yang biasa mengambil aspartame mungkin didiagnosa sebagai menghidap fibromyalgia dengan simtom-simtom: kekejangan, sakit mencucuk-cucuk, kaki kebas, pening, sakit kepala, telinga berdesing, sakit sendi, murung, mudah resah, pertuturan terganggu, penglihatan kabur, dan mudah lupa. Cara meredakannya ialah berhenti dari mengambil aspartame.

        Diabetes

        Pengambilan aspartame dikatakan memburukkan sindrom diabetes seperti kerosakan sel otak, kerosakan retina, selain meningkatkan risiko mengalami koma dankematian. Jika anda mengalami diabetes dan mengambil aspartame, minta persetujuan doctor anda untuk menggantikannya dengan ekstrak Stevia yang hampir dua kali ganda lebih manis dari aspartame.

        Penutup

        Dakwaan bahawa aspartame sebagai bahan tambahan makanan (food additives) yang paling selamat untuk semua peringkat umur termasuk penghidap diabetes kerana telah dibuktikan oleh 200 penyelidikan sains tidak boleh diterima secara bulat-bulat. Kajian-kajian yang dijalankan biasanya ditaja oleh pengeluar aspartame atau dijalankan sendiri oleh mereka. Hasilnya keputusan kajian biasanya memihak kepada hipotesis yang mereka cipta.
        Penyelidikan yang dijalankan oleh saintis-saintis sebaliknya mendapati aspartame menyebabkan 90 jenis penyakit.  Jumlah aduan yang diterima oleh Agensi Perubatan Persekutuan (FDA) Amerika Syarikat mengenai masalah kesihatan yang timbul akibat pengambilan aspartame adalah paling tinggi dibandingkan dengan aduan untuk bahan-bahan tambahan makanan lain.

        Oct 22, 2009

        HERBALIFE... mewarnai kehidupan anda secara SIHAT




        Diabetes Melitus semasa kehamilan

        Apakah Diabetes Melitus?
        Diabetes Melitus adalah sejenis gangguan atau ketidakaturan yang menghalang badan dari menggunakan makanan dengan berkesan. Karbohidrat ringkas (gula di dalam minuman ringan, kek, atau jem) dan karbohidrat kompleks (kanji di dalam nasi dan mee) akan dihadamkan di dalam badan untuk membentuk glukosa. Glukosa dalam aliran darah kemudiannya akan dicernakan di dalam pelbagai tisu badan dan proses ini dikawalatur oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas iaitu organ kecil yang terletak di belakang perut. Tanpa insulin, glukosa tidak dapat memasuki sel badan di mana ia digunakan sebagai sumber tenaga, sebaliknya glukosa akan terkumpul di dalam darah dengan berlebihan dan menyebabkan diabetes melitus.

        Apakah yang dimaksudkan Diabetes Melitus semasa kehamilan?
        Diabetes Melitus (GDM) semasa kehamilan merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita.

        Apakah bezanya antara diabetes semasa kehamilan dengan diabetes yang lain?
        Di luar kehamilan, diabetes dikelaskan sama ada jenis 1 (Diabetes Melitus bersandarkan insulin, IDDM) atau jenis 2 (Diabetes Melitus tidak bersandarkan insulin, NIDDM). Sebanyak 10% pesakit Diabetes menghidap Diabetes jenis IDDM. Bagi kes IDDM, insulin yang dihasilkan oleh sel b-islet di dalam pankreas adalah tidak mencukupi atau tiada langsung. Manakala bagi NIDDM, reseptor insulin yang tidak sensitif dianggap menjadi penyebab utama masalah ini dan pesakit NIDDM biasanya gemuk.
        Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan "human placental lactogen" akan menyekat pengeluaran insulin. Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Bagi kebanyakan wanita, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap Diabetes kemudian nanti.


        Adakah GDM kerap berlaku?
        Ia berlaku sebanyak 3-12% daripada semua kehamilan.


        Siapakah yang berisiko mengalami GDM?
        Sesiapa sahaja boleh mengalami GDM semasa kehamilan. Pesakit yang sememangnya menghidapi diabetes melitus berisiko tinggi menghidap GDM. Namun, wanita boleh menghidap GDM tanpa sebarang penyakit diabetes sebelumnya.
        Faktor-faktor yang berkaitan dengan kemungkinan berlakunya GDM termasuklah:
        • Sejarah keluarga menghidapi diabetes.
        • Wanita berumur (>35 tahun).
        • Wanita gemuk dengan indeks jisim badan >30.
        • Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran.
        • Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar sebelumnya, lahir mati, atau bayi yang dilahirkan cacat.
        • Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada Kulit.
        Bagaimana penyakit ini dikesan?
        Lazimnya wanita tidak menunjukkan sebarang tanda amaran walaupun kemungkinan sesetengah wanita merasa teramat dahaga, kerap buang air kecil dan kelesuan. Ramai wanita yang menghidap GDM tidak menunjukkan sebarang faktor risiko. Sesetengah pusat rawatan menyediakan ujian saringan antara 24-28 minggu kehamilan. Namun dicadangkan anda menjalani ujian saringan glukosa (ujian kerintangan glukosa oral yang diubahsuai, MOGTT) jika terdapat faktor risiko.
        Apakah ujian Tolerans Glukosa secara oral?
        Ujian akan dijalankan selepas pesakit berpuasa semalaman dari pukul 10.00 malam sebelumnya. Sampel darah untuk menentukan paras gula dalam darah akan diambil pada awal pagi diikuti meminum glukosa (75 gm glukosa di larutkan dalam 250ml air). Ujian ini selesai apabila pengukuran paras gula dalam darah diambil 2 jam berikutnya

        Intepretasi hasil ujian
         
        Aras glukosa dalam plasma vena (mmol/l)
        Puasa
        2 jam selepas glukosa diambil
        Normal
        <6
        <8
        Tolerans glukosa yang terganggu
        6-8
        8-11
        Diabetes
        >8
        >11

        Bagaimana diabetes memberi kesan ke atas kehamilan?
        Ini bergantung pada tahap penjagaan kesihatan diri anda sendiri. Jika paras gula di dalam darah dapat dikawal dengan baik sepanjang kehamilan, komplikasi untuk mengalami masalah ini dapat dikawal dan dicegah. Jika paras gula di dalam darah berlebihan, maka ia akan berpindah ke bayi menerusi uri. Janin akan bertindak balas dengan menukarkan glukosa yang berlebihan kepada lemak dan bayi ini akan menjadi terlalu besar (makrosomia). Bayi yang terlalu besar akan menimbulkan kesukaran ketika pelahiran dan kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean.
        Sebagai tambahan kepada makrosomia, GDM akan meningkatkan risiko hipoglisemia (paras gula yang rendah di dalam darah) semasa bayi baru dilahirkan. Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan teliti semasa penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada bayi jika paras gula terlalu rendah. Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis, ketidakimbangan bahan kimia di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi. Adalah dipercayai bahawa bayi yang bersaiz besar cenderung menjadi obes di masa akan datang. Semasa dewasa, mereka juga akan cenderung untuk menghidapi diabetes jenis 2 (diabetes yang tidak bersandarkan insulin).
        Pemeriksaan ultrasound semasa antenatal adalah berguna untuk mengawasi saiz janin dan mengesan polihidramnios serta keabnormalan janin. Seperti pesakit diabetes yang lain, ibu yang hamil dengan GDM adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, Diabetik Ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. Mereka juga mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.
        Adakah GDM menjejaskan proses pelahiran dan kelahiran?
        GDM itu sendiri bukanlah merupakan penunjuk bagi pembedahan Caesarean. Namun jika bayi terlalu besar untuk menjalani kelahiran normal melalui faraj, atau jika bayi dalam tidak dapat dilahirkan secara normal, maka kelahiran secara Caesarean sangat diperlukan. Jika bayi sangat besar, ia kemungkinan akan mengalami trauma semasa kelahiran, terutamanya kecederaan tulang dan saraf di sekitar bahu.
        Jika terapi insulin diperlukan semasa kehamilan, anda akan diberi suntikan insulin pada waktu pagi semasa pelahiran bermula atau diberi melalui intravena sepanjang proses pelahiran. Selepas bayi dilahirkan paras gula di dalam darah biasanya akan kembali ke paras normal dan insulin tidak diperlukan lagi.
        Bagaimana rawatan terhadap GDM?
        Langkah pertama ialah mengawal paras glukosa di dalam darah dengan pengubahsuaian diet. Senaman sederhana secara tekal juga berguna untuk memperbaiki tolerans glukosa. Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, terapi insulin diperlukan. Paras glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin telah dimulakan. Jika anda memang menghidap diabetes dan bercadang untuk hamil, anda perlu berusaha untuk mengawal diabetes pada tahap optima beberapa bulan sebelum mengandung kerana paras glukosa yang tinggi semasa trimester pertama akan meningkatkan risiko kelahiran bayi cacat.

        Mengapa diet yang khusus disyorkan?
        Diet seimbang yang berkhasiat amat perlu untuk mengekalkan kesihatan ibu yang sihat dan kehamilan yang berjaya. Bagi wanita yang mengalami GDM, diet yang sempurna dapat memastikan paras gula dalam darah adalah normal dan secara amnya ia adalah langkah pertama yang dilakukan sebelum menggunakan terapi insulin. Tumpukan sepenuh perhatian terhadap pengambilan kalori setiap hari dan pemilihan makanan yang betul untuk mengekalkan paras gula di dalam darah.
        Keperluan kalori setiap hari meningkat sebanyak 300 kalori semasa trimester kedua dan ketiga kehamilan. Jika pengambilan kalori semasa tidak hamil adalah 1800 kcal sehari dan berat badan kekal, pengambilan kalori sebanyak 2100 kalori setiap hari adalah biasa dari tempoh 14 minggu kehamilan hingga proses kelahiran.
        Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah:
        • Elakkan gula dan makanan yang tinggi kandungan gulanya (kek, aiskrim, minuman ringan, buah-buahan di dalam tin, jem, coklat dan lain-lain).
        • Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji).
        • Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
        • Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit. Elakkan makanan yang bergoreng.

        Bagaimana mengendalikan suntikan insulin?
        Doktor atau jururawat terlatih akan mengajar anda teknik suntikan insulin apabila rawatan diperlukan. Ia merupakan suntikan yang biasanya dilakukan di bawah kulit di bahagian tisu subkutaneus. Kawasan suntikan yang biasa ialah bahagian lengan atas (kawasan deltoid) atau di bahagian anterior peha atas. Suntikan di bahagian abdomen patut dielakkan.

        Penjagaan ubat-ubatan dan jarum
        Insulin mesti disimpan di bahagian kering dalam peti sejuk, seperti di tempat menyimpan hasil tenusu. Jarum boleh digunakan berulang kali dengan syarat ia dibersihkan selepas digunakan dan dibuang apabila susah untuk disuntik atau apabila suntikan menyebabkan rasa sakit
        Perlukah melakukan senaman?
        Program senaman setiap hari dapat membantu anda merasa selesa, mengurangkan ketegangan mahu pun mengelakkan sakit belakang, mengekalkan tona otot, kekuatan dan ketahanan. Bagi wanita yang menghidapi GDM, ia sangat penting. Selalu bersenam dapat meningkatkan keupayaan atau potensi insulin di dalam badan. Ini dapat memastikan par
        as normal gula di dalam darah disamping mengurangkan penggunaan insulin. Senaman yang sederhana juga dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.
        Walau bagaimanapun, penjagaan yang khusus perlu diambil untuk mengelakkan sukan atau senaman yang mungkin menyebabkan anda jatuh, atau yang melibatkan sentakan. Aktiviti berbasikal dan berjoging sebelum hamil merupakan contoh senaman yang baik untuk diteruskan semasa kehamilan. Berjalan-jalan adalah baik untuk wanita yang sebelum ini tidak aktif dan ingin mula bersenam semasa hamil. Senaman secara tekal selama 4-5 hari setiap minggu adalah perlu untuk merendahkan paras gula dalam darah. Berhenti bersenam jika anda merasa sakit, pening, sesak nafas, pitam, debaran jantung, sakit belakang atau sakit di bahagian pelvis, atau pernah mengalami pendarahan faraj. The American College of Obstetricians & Gynecolog
        • ists (ACOG) mencadangkan meminum cecair sebelum dan
        • selepas senaman dan jika perlu, semasa sedang bersenam untuk mengelakkan dehidrasi.
        • Terlalu kuat bersenam mungkin menyebabkan rahim dan janin tidak
        • mendapat bekalan darah yang cukup. ACOG mengesyorkan wanita hamil mengukur kadar degupan jantung semasa melakukan aktiviti. Kadar degupan jantung ibu yang mengandung sepatutnya tidak melebihi 140 denyutan seminit.
        Apakah yang berlaku jika amalan diet dan senaman gagal mengawal paras gula dalam darah?
        Jika paras gula di dalam darah cenderung untuk melebihi julat normal, anda perlu mengambil suntikan insulin. Insulin tidak boleh diberi secara oral kerana ia akan dihadamkan seperti protein di dalam makanan dan menyebabkan kesan terapeutiknya hilang. Ia diberi secara suntikan di bawah kulit dengan menggunakan jarum yang sangat halus, oleh itu anda akan merasa tidak selesa sedikit ketika suntikan diberi. Ia selalu dilakukan oleh anda sendiri dan anda akan diajar oleh doktor bagaimana untuk melakukannya. Jumlah insulin yang diperlukan untuk memastikan paras gula adalah dalam julat normal akan meningkat mengikut perkembangan kehamilan. Ini tidak bermakna GDM semakin teruk. Uri yang membesar seiring dengan berlanjutnya kehamilan akan menghasilkan paras hormon kontra-insulin yang lebih tinggi. Akhirnya anda memerlukan lebih insulin untuk mengatasi kesannya.

        Adakah anda perlu mengambil insulin?

        Ya. Ini kerana walaupun diet dijaga dengan baik, paras gula dalam darah sesetengah wanita masih tidak berada dalam julat yang boleh diterima. Wanita hamil yang bebas dari GDM jarang mempunyai paras glukosa dalam darah yang melebihi 6 mmol/l sebelum sarapan di waktu pagi atau 2 jam selepas bersarapan. Sasaran optima bagi pesakit GDM ialah mempunyai paras gula dalam darah yang sama dengan wanita yang tidak mengalami diabetes. Jika paras gula ketika berpuasa melebihi 6 mmol/l atau jika 2 jam selepas makan, paras gula masih melebihi 8 mmol/l pada dua masa yang berasingan, terapi insulin amnya diperlukan. Keupayaan untuk melakukan sendiri pengawasan glukosa di dalam darah membolehkan terapi insulin dimulakan sebaik sahaja tanda awal paras gula yang tinggi dikesan. Dengan itu janin dapat dicegah dari terdedah kepada paras glukosa yang tinggi dalam darah ibu.
        Apakah yang berlaku jika paras gula di dalam darah menjadi lebih rendah?
        Paras gula yang rendah di dalam darah (hipoglisemia) merupakan komplikasi yang mungkin berlaku jika seseorang telah mengambil terapi insulin untuk GDM. Ini mungkin berlaku jika anda lambat mengambil sarapan atau bersenam lebih dari yang biasa. Ia merupakan kes kecemasan dan perlu dirawat dengan teliti. Jika terdapat gejala hipoglisemia (kekeliruan, pening, penglihatan kabur, berpeluh, terketar-ketar, tersangat lapar) anda perlu mengambil sebarang bentuk gula dengan segera. Apabila anda menggunakan insulin, anda perlulah membawa gula atau makanan/minuman manis (kandi yang manis, minuman berglukosa) sebagai langkah berjaga-jaga. Doktor perlu diberitahu mengenai sebarang reaksi hipoglisemia yang berlaku. Ia mungkin menyebabkan pengubahsuaian terapi insulin yang anda jalani.
        Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah yang berkaitan dengan GDM?
        Diet pesakit yang mengalami GDM mestilah mencukupi untuk membekalkan pemakanan yang dapat memenuhi keperluan ibu dan bayi yang sedang berkembang. Pada masa yang sama diet yang diambil boleh mengekalkan paras normal glukosa di dalam darah. Ibu yang menghidapi GDM boleh diajar cara-cara mengukur paras glukosa di dalam darah di rumah untuk memastikan ia berada di paras yang dibenarkan. Keupayaan pesakit untuk menentukan paras gula dalam darah melalui penggunaan peralatan merupakan satu lagi kejayaan penting dalam pengurusan penyakit diabetes. Teknik ini dikenali sebagai pemantauan sendiri glukosa di dalam darah dan ia membenarkan anda memeriksa sendiri paras gula darah sama ada di rumah atau di tempat kerja tanpa melibatkan kos dan menjimatkan masa untuk berjumpa doktor.

        Apakah yang dimaksudkan pemantauan sendiri glukosa di dalam darah?

        Apabila anda telah didiagnos menghidap GDM, adalah penting bagi anda mengetahui paras gula di dalam darah dari sehari ke sehari. Anda juga harus mengetahui bagaimana corak pemakanan dan cara senaman mempengaruhi paras gula di dalam darah anda. Semakin lanjut kehamilan, uri akan membebaskan lebih banyak hormon yang akan bertindak ke atas insulin. Menguji paras gula di dalam darah pada waktu tertentu dalam sehari dapat mengetahui jika diet yang sempurna dan peningkatan berat badan dapat mengekalkan paras normal gula di dalam darah atau jika insulin yang lebih diperlukan untuk melindungi janin.
        Pemantauan sendiri glukosa di dalam darah boleh dilakukan dengan mencucuk jari untuk mendapatkan titis darah dan disukat dengan menggunakan alat khas untuk mendapat bacaannya. Doktor boleh menasihatkan anda bagaimana untuk mendapatkan alat ini. Anda mungkin perlu menguji darah anda beberapa kali dalam sehari. Secara amnya, ia dilakukan sebelum makan. Setiap pesakit boleh mempunyai jadual sendiri untuk tujuan pengukuran

        Apakah ujian-ujian lain yang perlu diketahui?

        Selain daripada ujian darah, anda juga dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan air kencing untuk mengesan kehadiran keton. Keton adalah hasil sampingan dari penguraian lemak. Ia boleh dijumpai di dalam darah dan air kencing akibat insulin yang tak mencukupi atau kalori yang tidak mencukupi dalam diet anda. Walaupun tidak diketahui jumlah keton yang boleh mengancam janin, keton yang banyak akan disertai dengan asidosis, iaitu satu keadaan yang boleh mengancam janin. Sebagai langkah keselamatan, anda perlu mengawasi kehadirannya dalam air kencing dan melaporkan sebarang keputusan yang positif kepada doktor.
        Untuk menguji kehadiran keton di dalam air kencing, anda boleh menggunakan jalur ujian khusus yang telah dirawat dengan bahan kimia. Ujian dapat dilakukan dengan mendedahkan sehelai jalur pakai buang pada aliran air kencing atau mencelup jalur ke dalam bekas yang mengandungi air kencing. Jalur akan berubah warna bergantung kepada jumlah keton yang hadir di dalamair kencing. Warna jalur bolehlah dibandingkan pada carta untuk menunjukkan paras keton. Penasihat kesihatan boleh menasihatkan anda masa yang sesuai untuk melakukan ujian dan berapa kerap anda perlu melakukannya.


        Adakah anda perlu mempunyai jadual pemeriksaan lanjutan antenatal?

        Apabila anda disahkan menghidap GDM, anda dicadangkan untuk menjalani pemeriksaan antenatal setiap 2 minggu sehingga kehamilan anda berusia 32 minggu dan selepas itu lakukan pemeriksaan setiap minggu sehinggalah melahirkan bayi. Semasa pemeriksaan, imbasan ultrasound akan dilakukan untuk mengesan sebarang keabnormalan dan komplikasi di samping mengawasi tumbesaran janin. Profil gula di dalam darah akan diperiksa sekurang-kurangnya setiap 2 minggu untuk menilai keberkesanan pengawalan diabetes anda. 

        Apakah Diabetes Mellitus DiKalangan KANAK-KANAK?

        Diabetes Mellitus

        Apakah Diabetes Mellitus?
        • Penyakit Diabetes Mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.
        • Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ Pankreas.
        • Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.
        • Sekiranya anda mengalami Diabetes Mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, sebaliknya kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos tinggi dalam darah.
        Apakah jenis-jenis Diabetes Mellitus?
        • Terdapat dua jenis Diabetes Mellitus
          • Diabetes Mellitus jenis 1
          • Diabetes Mellitus jenis 2
        • Diabetes Mellitus jenis 1 selalu terjadi di kalangan kanak-kanak dan remaja, ia meliputi > 90 % kes kencing manis.
        Adakah penyakit ini sering berlaku?http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/child/P8T50_Diabetes_Mellitus_clip_image001.jpg
        • Kejadian Diabetes Mellitus berbeza antara negara dan komuniti. Di Malaysia dianggarkan kurang dari 1 %.
        • Orang dewasa selalunya menderita Diabetes Mellitus jenis 2 tetapi dengan masalah kegemukan di seluruh dunia, kanak-kanak juga boleh mendapat Diabetes Mellitus jenis ini.
        Kanak-kanak obesiti
        Apakah yang menyebabkan Diabetes Mellitus?
        • Sebab Diabetes Mellitus di kalangan kanak-kanak tidak diketahui
        • Kemungkinan ia melibatkan gabungan antara keturunan dan faktor persekitaran.
        • Diabetes Mellitus jenis 1 : Kanak-kanak dan remaja selalunya mendapat Jenis 1. Ia adalah satu keadaan "antoimmune" di mana system imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri.
        • Diabetes Mellitus jenis 2 : Dilaporkan kerap terjadi di kalangan kanak-kanak di negara-negara yang mengalami peningkatan kadar kegemukan.
        • Sebab-sebab yang lain termasuk kecacatan genetik fungsi Pankreas di mana Diabetes Mellitus berlaku ketika seseorang itu masih muda (maturity onset of diabetes in the young: MODY)
        Apakah gejala-gejala penyakit Diabetes Mellitus?
        Gejala-gejala yang ditunjukkan oleh pesakit Diabetes Mellitus jenis 1 bermula 1 minggu atau lebih sebelum kanak-kanak tersebut betul-betul sakit. Anak anda mungkin mengadu:
        • kerapkali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam)
        • rasa haus yang amat sangat
        • berat badan menurun
        • rasa letih lesu dan kurang tenaga.
        Perhatian: (Kencing malam ) pada kanak-kanak yang telah terlatih mengawal pundi kencingnya di kenali sebagai "secondary enuresis". Sekiranya anak anda mengalami masalah ini, Diabetes Mellitus haruslah disyaki.
        Gejala tambahan yang sering berlaku pada kanak-kanak:
        • sakit perut dengan atau tiada muntah
        • sakit kepala
        • masalah tingkahlaku
        • mudah mendapat jangkitan terutama di kulit
        Sekiranya gejala-gejala ini tidak dikenalpasti awal, kemungkinan anak anda akan mengalami "diabetic ketoacidosis" (DKA).
        Apakah "Diabetic Ketoacidosis"?
        • Ia adalah keadaan kecemasan di mana kanak-kanak mengalami paras glukos yang tinggi dalam darah dengan pernafasan yang cepat serta dalam keadaan keliru atau koma.
        • Dalam keadaan ini, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera. Anak anda perlu masuk ke hospital untuk rawatan insulin dan terapi cairan.
        Diabetes Mellitus Jenis 2 terjadi pada kanak-kanak di ambang atau selepas akil baligh. Ibubapa mungkin tidak mengetahui anak mereka mengalaminya sebab tanda-tandanya kurang jelas jika berbanding dengan Diabetes Mellitus jenis 1.
        Masalah apakah yang ditimbulkan akibat Diabetes Mellitus?
        Permulaan komplikasi bergantung pada jangkamasa dan kawalan kencing manis. Komplikasi ini hanya akan timbul di kemudian hari. Doktor anda akan memberitahu samada Diabetes Mellitus anak anda terkawal atau tidak apabila anda datang untuk lawatan rawatan susulan.
        Taraf glukos dalam darah yang terkawal akan mengurangkan atau melambatkan berlakunya komplikasi yang melibatkan:
        • Ginjal : kegagalan ginjal
        • Mata : kebutaan
        • Jantung : serangan sakit jantung, serangan angin ahmar
        • Salur darah : tekanan darah tinggi, peningkatan taraf lipid (lemak)
        • Sistem saraf : masalah deria
        • Organ reproduktif : mati pucuk (impotence)
        • Kaki : diabetic foot (masalah kaki)
        • Kulit : jangkitan kulit berulang seperti bisul,
        Komplikasi ini boleh terjadi selepas akil baligh. Doktor anda akan memberi jadual lawatan susulan untuk ujian darah dan air kencing untuk mengesan sebarang komplikasi.
        Apakah hipoglisimia dan bagaimana anda mengenalinya?
        Dalam masa anak anda menjalani rawatan, anda perlu tahu yang anak anda mungkin menghadapi hipoglisemia (tahap glukos rendah dalam darah) di mana dia perlu mengambil makanan atau minuman yang manis untuk memperbaiki keadaan.
        Tanda dan gejala hipoglisemia
        • Berpeluh sejuk / berpeluh banyak
        • Menggeletar
        • Letih dan lesu
        • Perubahan tingkahlaku / tidak sedar diri
        • Aras glukos rendah dalam pemantauan aras glukos di rumah
        Bagaimana merawat Diabetes Mellitus di kalangan kanak-kanak?
        • Pada bila-bila masa, anak anda akan dilihat oleh ahli pasukan Diabetes Mellitus hospital (hospital diabetes team) seperti para doktor, Pegawai Diatetik, ahli fisioterapi, ahli terapi carakerja, Pakar Ortopedik, Pakar Psikologi, Pegawai Pendidikan Diabetes dan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk nasihat dan rawatan tertentu.
        • Sekiranya anak anda mempunyai Diabetes Mellitus Jenis 1, dia memerlukan rawatan insulin sepanjang hayat.
        • Dalam Diabetes Mellitus jenis 2, ubatan secara oral (makan) dan insulin diberi untuk menurunkan tahap glukos dalam darah.
        • Untuk kedua-dua jenis Diabetes Mellitus, anak anda mesti mengambil makanan yang disarankan mengikut sukatan dan melakukan senaman.
        • Untuk mengetahui tahap kawalan glukos anak anda, ujian darah yang dipantau di rumah (home blood glucose monitoring: HBGM) perlu dilakukan. Alat yang digunakan ialah glukometer.
        • Rekodkan keputusan ujian glukos darah, beserta haribulan dan masa ujian di dalam buku harian (diary). Dos insulin boleh disesuaikan mengikut bacaan glukos jika perlu.
        • Pegawai Pendidikan Diabetes akan mengajar anda dan anak anda mengenai Diabetes Mellitus.
        • Pegawai Dietetik akan kerapkali berjumpa anda dan anak anda untuk memberi nasihat mengenai pemakanan yang sesuai supaya dapat mengawal aras glukos dalam darah.
        • Anak anda dinasihati untuk melakukan senaman secara tetap, kerana ini boleh membantu mengurangkan aras glukos dalam darah. Insulin bertindak dengan lebih efisyen dan membantu mengawal berat badan. .
        • Bergantung kepada masalah anak anda, dia perlu berjumpa dengan ahli pasukan diabetes dari masa ke semasa.
        • Kanak-kanak yang mengalami Diabetes Mellitus perlu datang untuk lawatan susulan secara tetap dan dipantau oleh doktor.
        Apakah yang perlu dilakukan untuk kanak-kanak yang mengalami Diabetes Mellitus?

        Anak anda mungkin mengalami masalah untuk memahami keadaannya dan menyesuaikan dirinya. Kemungkinan dia juga akan mengalami masalah untuk menerima rawatan (terutama rutin suntikan insulin). Kaunseling dan sokongan psikologi adalah penting untuk anak anda. Dapatkan nasihat doktor dan pakar psikologi.
        Bolehkah Diabetes Mellitus dicegah?
        • Tiada cara yang jelas untuk mengelakkan diri daripada mendapat Diabetes Mellitus jenis 1.
        • Untuk Diabetes Mellitus jenis 2, adalah disarankan anda mengamalkan gaya hidup sihat (bersambung di gaya hidup sihat).
        Pemulihan
        Kanak-kanak yang tidak mengawal Diabetes Mellitus akan mendapat komplikasi yang teruk dalam jangka masa panjang. Kemungkinan besar mereka memerlukan satu program pemulihan yang melibatkan fisioterapi dan terapi carakerja.

        Apakah itu diabetes DEWASA?

        Diabetes Mellitus
        Apakah itu diabetes?

        Diabetes adalah salah satu penyakit kronik dimana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara didunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 dimana di anggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun keatas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.

        Diabetes adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar. Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

        Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

        Dua jenis diabetes

        Terdapat dua jenis diabetes utama:
        • Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
          • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
          • Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
        • Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
          • Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
          • Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
        Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada diantara kedua-dua jenis diatas yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.

        Apakah tanda-tanda amaran diabetes?

        Anda boleh mengalami berlainan tanda-tanda dan gejala. Walaubagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:
        • Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
        • Letih
        • Berat badan menurun
        • Penglihatan kabur
        • Otot lemah
        • Gatal
        Lain-lain gejala termasuk:
        • Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
        • Luka yang lambat sembuh
        • Kencing yang kerap
        • Gatal pada bahagian kemaluan
        • Rasa kebas
        Anda boleh juga menghidapi diabetes tanpa apa-apa gejala. Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan.

        Siapakah yang mempunyai risiko tinggi untuk mendapat diabetes?

        Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:
        • Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
        • Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
        • Impaired glucose tolerance (IGT).
        • Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
        • Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
        • Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
        • Tekanan darah tinggi
        • Tidak aktif -gaya hidup sedentari
        • Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
        • Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .
        Jika anda fikir anda mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi diabetes, hubungi klinik kesihatan berdekatan.

        Komplikasi diabetes

        Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.

        Keadaan kecemasan:
        • Hipoglisemia -ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah
        • Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.
        • Hiperglisemia - adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri
        Kandungan gula dalam darah tinggi yang berpanjangan ( Kronik)
        • Ini menyebabkan kerosakan jangka panjang:
          • Mata
            • Katarak, pendarahan dalam mata dan menyebabkan buta
          • Saraf
            • Kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki dimana pesakit boleh mendapat kecederaan tanpa disedari. Ini boleh menyebabkan luka pada kaki dan gangrene
          • Otak
            • Angin ahmar (hubung dengan strok)
          • Buah pinggang
            • kegagalan buah pinggang
          • Jantung
            • Sakit jantung
        Berita baik adalah jika anda dapat mengawal diabetes dengan baik, ini akan membantu mengelakkan atau melambatkan komplikasi

        Apakah yang sepatutnya saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat diabetes?

        Kawalan diabetes yang baik adalah anda boleh mengawal tahap gula dalam darah menghampiri tahap normal. Ini boleh di capai dengan kaedah berikut:
        • Mengawal pengambilan makanan
          • Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
        • Melakukan senaman fizikal
          • Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.
        • Ubatan
          • Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin
          • Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin.
        Walaupun anda menghidap diabetes, anda masih boleh menjalani kehidupan normal dan aktif.
        Anda boleh menjaga diri anda sendiri
        • Penjagaan secara umum:
          • Penjagaan kulit
            • Mandi setiap hari
            • Keringkan semua bahagian badan dengan sempurna
            • Merawat luka dan calar dengan segera
            • Berjumpa doktor jika luka tidak sembuh selepas 2 - 3 hari.
          • Penjagaan kaki
            • Basuh kaki setiap hari
            • Keringkan semua bahagian kaki dengan sempurna terutama antara celah-celah jari kaki
            • Periksa kaki anda setiap hari untuk luka, calar, melecur atau apa-apa perubahan warna kulit.
            • Potong kuku jari kaki secara lurus
            • Tukar stokin anda setiap hari
            • Jangan berjalan tanpa kasut
            • Selalu pakai kasut yang lembut dan sesuai di guna luar rumah.
        • Mengawasi diri sendiri
          • Anda digalakkan untuk melakukan pengawasan glukosa dalam darah. sendiri. Kerap memeriksa tahap glukosa dalam darah boleh memberitahu keberkesanan cara anda mengawal diabetes
        http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/Males1.jpg
        • Penjagaan gigi
        • Kerap menjalani pemeriksaan mata
        • Mengelakkan minuman keras
        • Berhenti merokok

        Apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes?

        Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:
        • Makan makanan berkhasiat dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.
        • Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori. Oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.
        • Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat badan yang unggul